BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 25 December 2011

kanda tak dpt lelap
otak ini ligat berpusing puing
bagaikan ada perkara yg tiada pehujungnya
kepastian nya setiap pekara yg tercipta atau dicipta pasti ada 'the end'
baik atau buruk
hanya masa yg berputar menentu segalanya
kanda turun melangkah menuju 7-11
masuk
ditangan memegang sekati botol hitam
kanda sayang dinda
kanda keluar dgn nescafe mocha dn potato chip
bersandar di kaki lima
di dalam otak
bagaimana hidup tanpa dinda
rosak, punah, hancur, luluh, gila bayang, kelalaian, kemurungan
pelbagai kerosakan bakal terjadi
mungkin kanda juga bakal kembali
ke kancah kerosakan minda akhlak dn fizikal?
kanda sering terbayangkan dinda yg sedang bernafsu menyelesaikan pekara yg menghantui dan memberi penekanan pada dirinya
kanda sayang dinda
kanda pasti sangat
kanda boleh bawa dinda keluar dari semua itu
meng 'the end' kan semua itu
.....
diseberang jalan sana
hamba allah pelbagai kaum sedang bersuka ria
mereka menyanyi
mereka menari
mereka tertawa riang
mereka bertepuk tampar
mereka berpelukan
mereka bercumbu
apa yg membuatkan mereka begitu?
mereka seolah olah
diplanet kegembiraan
sedang kanda asyik melihat kejadian alam itu
kanda didatangi hamba allah si adam
dari kaum yg berbeza, warna kulit yg berbeza
berpakaian ranggi dgn tanduk lucifer bercahaya merah
menghulur kan pada kanda sekati botol hitam dan bijirin
"alooo, my frend..take this!"
"this can make u happy!"
"dont sit alone, alone make u feel sad my frend!"
sambil dia mengambil tempat sebelah kanda dn menyandar
kami memandang ke planet didepan
"no..tq" kata kanda
hanya tanduk lucifer itu yg bercahaya
"my frend money can make some people happy but not all people"
dia terbaring di kaki lima
entah dari mana
dtg pula sihawa hamba allah berlainan kaum
sama warna kulit dgn siadam tadi
terus mendapatkan si adam td
"lets go back" kata dia pada si adam
" i am sorry, he have many troble"
"that is why he become like this!"
katanya sambil melihat kanda
kanda bangun membantu diri kan
si adam yg x mampu menegakkan diri sendiri
"tq!" lemah suara si hawa
mereka berlalu terus pergi
cantik, sexy
di dlm samar2 cahaya itu
kanda melihat ada manik2 mengalir di wajahnya
"mcm2 hal!" getus dari hati kanda
kanda kembali sandar dgn nescafe mocha dn potato chip
.....
kanda berfikir jalan penyelesaian nak bawa dinda keluar dari kotak yg kian menyempit diri dn otak nya itu, yg membuat kan dinda terbelenggu
kanda nak bawa dinda keluar dari kotak sempit itu dn pergi jauh ketempat luas mata memandang
kanda nak bawa dinda terbang dn berlari ditempat yg tiada penghujung ini
kanda mahukan ketawa riang keanak-anak kan keluar dari diri dinda
kanda mahu dinda bebas berlari kesana sini
hanya masa yg kanda nantikan
jantung, hati, paru2, dj, mata, telinga, kaki tangan, otak
dan semuanya masih berfungsi kerana
cinta yg mendalam pada dinda
kanda sangat sayang pada dinda
....
paru paru
kanda mengeluarkan sebatang rokok dunhill dn nyalakan
oksigen untuk paru paru
walhal paru paru kian hangus tebakar
dek kerna sebatang rokok
"ahh..malam yg sgt pekat hitam nya!"

0 comments: