Kami ke Balai Seni semalam. Kerana teruja dengan buku Amerika karya Ridhwan Saidi.
Bedah siasat katanya.
Dengan dua panel.
Jam 245pm kami sudah berada di pintu depan Balai Seni.
Mendongak ke atas sebelum memanjat naik tangga bergerak yang membawa semua pengunjung ke ruang legar pameran buku.
Dinda terus menegur Adib , penjual buku yang kami jumpa masa di Y Avenue.
Adib yang beria-ia mengatakan buku Amerika ni best!
Jadi , kami beli. Kanda yang mula baca sehingga taksub dengan kata-kata yang ada dalam
buku Amerika.
Status FB nya asyik bermain-main dengan ayat-ayat Amerika.
Selama Kanda membaca buku Amerika, selama itu la kami berdebat mengenai ideologi yang ingin di sampaikan oleh Amerika.
Sebelum ke dewan auditorium, kami ke tandas. Sejuk.
Dinda siap dulu dan terus ke pintu auditorium.
Jenguk kebelakang. Kanda sedang menyandar di hujung sana.
Dina terus melambai.
Ketika kami memasuki dewan, para panel , host dan Ridhwan Saidi turut masuk bersama.
Host mula membaca Bab Bracoli. Bab yang agak sensitif sebab ia menyentuh dunia porno.
Setelah sesi 'BEDAH' berlangsung selama 30 minit. Kanda mula mengeluh.
"Kenapa tak dibedah-bedah lagi ni bedah oit?"
Ternyata benar. Pembaca lebih ingin tahu adakah masyarakat Malaysia dapat menerima suara LANTANG buku Amerika ini?
Diskusi berpusing - pusing pada soalan yang sama - perlukah adegan seks?
Dinda mula tak leh duduk diam.
" Saya rasa adegan itu perlu - sebab itulah karakter Murshid - bukan seorang hipokrit"
Tapi , tiada hasil dari suara Dinda.
Mereka masih pada perlukah? bolehkah? mampukah?
Kanda pandang ke Dinda - " kau-tahu-apa?"
Dinda hanya mampu senyum. - sampai bila bila takkan tahu apa la nih
Kami pulang dengan kecewa.
Dinda hubungi Ridhwan Saidi - untuk BEDAH Amerika sesama mereka di lokasi pilihan iversal - MAMAK
Apa yang dibuat untuk tahun 2025
-
Senarai apa yang saya buat di tahun-tahun sudah: 2017, 2018, 2019, 2020,
2022 dan 2024. Untuk tahun ini saya terjebak dengan pelbagai skala dan
disiplin ...
5 months ago

0 comments:
Post a Comment